Penyanyi Popular Antara 12 Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas

19 Mar 2025 • 9:27 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyanyi Popular Antara 12 Terkorban Dalam Nahas Pesawat Terhempas

TEGUCIGALPA — Sekurang-kurangnya 12 orang dilaporkan maut selepas sebuah pesawat kecil terhempas ke dalam laut ketika berlepas dari sebuah pulau Caribbean di luar pesisir Honduras pada Selasa, lapor AFP.

Difahamkan, pesawat syarikat penerbangan Honduras, Lanhsa itu dalam perjalanan ke pelabuhan La Ceiba di tanah besar selepas berlepas dari Roatan, salah satu destinasi pelancongan utama di negara Amerika Tengah.

Pegawai Penerbangan Awam, Carlos Padilla berkata pesawat berkenaan bagaimanapun dipercayai terhempas ke dalam air apabila cuba membuat pusingan tajam ke kanan landasan.

Sementara itu, seorang saksi turut melaporkan kejadian berkenaan.

“Sewaktu kejadian, saya yang sedang memancing dan mendapati pesawat itu hampir terjatuh ke atas kami,” kata seorang nelayan.

Menurut pihak polis, pesawat berkenaan membawa 15 penumpang bersama dua juruterbang dan seorang pramugari.

Dalam pada itu, jabatan bomba tempatan melaporkan bahawa seramai 12 orang terkorban dalam nahas itu dengan lima orang berjaya diselamatkan, manakala seorang lagi masih hilang.

Antara mangsa yang dilaporkan terkorban dalam nahas terbabit merupakan penyanyi terkenal Honduras, Aurelio Martinez, lapor media tempatan.

Pesawat MH720 Dari Jakarta Selamat Mendarat Di KLIA Selepas Isytihar Kecemasan

Semalam, penerbangan Malaysia Airlines MH720 dari Jakarta ke Kuala Lumpur yang membawa 114 penumpang selamat mendarat di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) selepas mengisytiharkan kecemasan ketika dalam penerbangan.

Ketua Pegawai Eksekutif Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) Datuk Kapten Norazman Mahmud mengesahkan kejadian itu ketika dihubungi di sini, dengan menyatakan terdapat kecemasan dalam penerbangan.

“Tiada kecederaan dilaporkan. Semua penumpang telah keluar dari pesawat dan sedang menunggu bagasi, yang mungkin mengambil sedikit masa. Bagi penumpang yang mempunyai penerbangan sambungan, mereka akan diuruskan bagi perjalanan seterusnya,” katanya tanpa mendedahkan punca kecemasan

Sumber: AFP via Borneo Bulletin

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved