Penyanyi Rap Wanita Dakwa Pegawai Pihak Berkuasa Tempatan Rakam Dirinya Hanya Bertuala Di Pusat Urut

LocalEntertainment
6 Dec 2024 • 10:07 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Penyanyi rap wanita, Sharifah Zamaera Al Edros memaklumkan dia telah dirakam secara rahsia oleh seorang pegawai pihak berkuasa tempatan (PBT) ketika menerima urutan urut di SS14, Subang Jaya.

Dakwa Zamaera, pegawai tersebut dikatakan telah memasuki premis berkenaan dan merakam video dirinya yang hanya diselimuti tuala.

image is not available

image is not available

Dia yang sedang menerima urutan pada ketika itu dikejutkan dengan kehadiran beberapa lelaki yang mendakwa mereka sebagai pegawai penguat kuasa.

Pegawai itu dikatakan ada membuat bising namun dia cuba mengabaikan keadaan kerana sedang berurut.

Namun, seorang daripadanya masuk ke bilik sebelum merakam dirinya yang berada dalam keadaan terdedah.

Ketika saya mempersoalkan tindakan merakam itu, pegawai terbabit memberi alasan rakaman berkenaan adalah sebahagian daripada prosedur operasi standard (SOP) PBT.

Bahagian mana dalam menceroboh privasi pelanggan dengan merakam mereka dalam keadaan tidak berpakaian boleh dianggap beretika?

Namun begitu, pegawai berkenaan menafikan dakwaan Zamaera dan mengatakan tiada rakaman video wujud seperti yang didakwa.

Zamaera juga dilaporkan sudah membuat laporan polis berhubung insiden tersebut dan menggesa pihak berkuasa bertanggungjawab atas perilaku sumbang tersebut.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 2 days ago

"Dah Berpuluh Tahun Kahwin Senyap, Tak Ada Tayang Menayang" - Anak Tiri Nora Ariffin Luah Perasaan