Penyanyi Rapper, T.O.P Akhirnya Dedah Perkara Sebenar Tinggalkan Big Bang!

EntertainmentMusic
17 Jan 2025 • 12:15 PM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Pelakon terkenal Squid Game 2, Choi Seung Hyun atau lebih dikenali dengan nama popularnya, T.O.P. akhirnya tampil membuka mulut tentang keputusannya meninggalkan kumpulan gergasi K-pop, Big Bang selepas menaikkan namanya.

Dalam satu interview baru-baru ini, T.O.P mengatakan keputusan itu dibuat demi menjaga nama baik Big Bang dan ahli-ahlinya. Beliau turut mendedahkan bahawa kesilapan yang dilakukannya dahulu membuatkan dirinya menjauhkan diri.

T.O.P tidak mahu menjadi bebanan ahli kumpulan

image is not available

Menurut penyanyi rapper itu, beliau telah menyekat komen yang mengaitkan dirinya dengan kumpulan Big Bang. 

Sejujurnya, saya ada banyak buat kesilapan yang memburukkan nama Big Bang dan bekas agensi saya. Disebabkan perkara ini, saya rasa bersalah dan mengambil keputusan untuk pergi.

Saya tak mahu dah disebabkan saya, nama mereka pun terpalit jadi buruk.

T.O.P rasa bersalah kepada peminat 

image is not available

Mengakui peminat mengharapkan beliau dan Big Bang besatu kembali, namun T.O.P tidak mahu ahli kumpulan memikul kisahnya yang lepas.

Sekarang saya bertanggungjawab untuk diri saya sendiri dan juga kejayaan saya. Setiap kritikan, setiap kegagalan, saya kena hadapi seorang diri. Tapi kalau saya join balik mereka (Big Bang), mereka mash kena hadap kisah silam saya walaupun mereka sebenarnya takde kena mengena pun. Ini tak adil untuk mereka dan sangat sukar juga untuk saya.

Sebab itulah saya ambil keputusan untuk pergi setelah mengambil masa yang terlalu lama. Saya ada nampak peminat nak tengok kami bersatu kembali dan melihatkan itu, hati saya rasa bersalah dan sakit sangat sebab peminat mash lagi mengharapkan bahawa Big Bang bersatu kembali.

#OhmediaNasihat 

Apa yang dilakukan T.O.P menunjukkan beliau sangat  bertanggungjawab atas kesilapan lalu. Perkara ini mengajar kita bahawa menjauhkan diri demi kebaikan orang lain adalah langkah yang lebih baik.

image is not available

Jap!


Baca dulu respon netizen di Facebook.
Rujukan kami: K-Variety Malaysia


The post

appeared first on

.