
Penyanyi lagenda kelahiran Ireland, Sinead O’Connor dilaporkan telah dikebumikan di sebuah tanah perkuburan Islam negara itu, kelmarin.
Terdapat lebih 5,000 peminat tampil memberikan penghormatan terakhir kepada penyanyi kesayangan mereka itu tidak kira bangsa dan agama yang bersama-sama sepanjang jalan di Bray Head di Utara County Wicklow, Ireland.
Jenazah Sinead diletakkan dalam keranda dan diiringi dalam kenderaan mayat sebelum disembahyangkan oleh komuniti dan peminat muslim, diketuai oleh Ketua Imam dari Pusat Islam Ireland, Shaykh Dr Umar Al-Qadri.
Saya berasa sangat bertuah kerana mempunyai peluang untuk mengetuai dan melakukan solat jenazah dan menghantar salah seorang sahabat kita, Sinead O’Connor, atau Shuhada Sadaqat pulang ke negeri abadi.
Sekadar info, penyanyi yang terkenal dengan lagu Nothing Compares to You dan aktiviti kemanusiaannya itu meninggal dunia pada 26 Julai lalu di usia 56 tahun.
Sumber : Google
Penyanyi itu yang merupakan seorang katolik telah memeluk Islam pada tahun 2018.
Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.
Kisah 'Hitam' Pembunuhan Along Spoon Dan Kehidupan Bekas PA, Salina Ali Kini - "Saya Masih Tundukkan Muka" #TriviaNara
The post Penyanyi Sinead O’Connor Dikebumi Cara Islam Di Tanah Perkuburan Islam Di Ireland, Ribuan Peminat Mengiringi first appeared on Beautifulnara -Terkini dan Sensasi.


![[VIDEO] "Patutlah Seram Sejuk Bila Lalu" - Rupanya LRT Kelana Jaya Dibina Bawah Kubur, Ramai Kongsi Pengalaman Mistik Mereka!](https://cdn.newswav.com/img/web-revamp/broken-placeholder.png)