Penyanyi Terkenal, Tia Jinbara Meninggal Dunia

Music
8 Nov 2023 • 10:40 PM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

image is not available

Penyanyi Terkenal, Tia Jinbara Meninggal Dunia

Penyanyi terkenal suatu ketika dahulu dan bekas vokalis kumpulan Jinbara, Shamsul Bakhtiar Zakaria, 53, atau lebih dikenali sebagai Tia dilapor meninggal dunia hari ini.

Menurut Sinar Harian, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Shah Alam dan perkara berkenaan disahkan oleh kakaknya, Azmah Zakaria.

“Benar, ALLAH telah jemput dia pulang pada jam 9.17 malam. Saya masih menanti maklumat lanjut daripada isterinya,” katanya seperti dilaporkan portal berita tersebut.

Sebelum ini, media melaporkan Allahyarham menderita penyakit kanser hati dan mendapat rawatan di hospital berkenaan sejak Rabu minggu lepas.

Allahyarham sebelum itu mengadu sakit perut. Hasil pelbagai pemeriksaan seperti ujian imbasan sinar-X, kolonoskopi dan ujian terakhir, CT Scan, doktor mengesahkan terdapat ketumbuhan pada hatinya.

Bersama Jinbara, Allahyarham mencipta nama menerusi beberapa lagu hits yang masih menjadi siulan sehingga ke hari ini, antaranya Farhana (Puteri Bumi Kenyalang).

Selain itu, Allahyarham semasa hayatnya juga pernah menyertai rancangan Gegar Vaganza.

Sumber: Sinar Harian