Penyanyi Wanita Popular Kelantan Ditahan Pihak Polis, Kantoi Bersama 6000 Biji Pil Kuda?

LocalEntertainment
2 Nov 2024 • 5:41 PM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Melalui laporan Kosmo, seorang penyanyi wanita yang dikenali ramai asal Kelantan telah ditahan bersama dengan enam orang individu lagi oleh pihak polis di sebuah hotel terletak di Sungai Golok, Narathiwat, semalam.

Difahamkan, serbuan tersebut dilakukan oleh pihak berkuasa susulan didapati penyanyi dan enam individu itu bersama dengan kira-kira 6000 biji pil kuda atas tujuan pengedaran.

image is not available

Serbuan itu dilakukan pada jam 5 pagi ketika kesemua pihak, termasuk tiga wanita berusia lingkungan 25 hingga 34 tahun sedang berehat di sebuah hotel selepas berhibur di pusat hiburan yang terletak di bawah hotel.

Hasil pemeriksaan mendapati ribuan biji pil yang dipercayai pil kuda dijumpai dan sumber memaklumkan, penyanyi wanita itu dan suspek yang lain sudah dibawa ke Balai Polis Sungai Golok bagi siasatan lanjut.

image is not available

Kes ini telah meraih perhatian di Malaysia dan pihak Kosmo sedang mencuba untuk mendapatkan pengesahan lanjut daripada pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) berhubung status tahanan rakyat Malaysia ini.

image is not available 1 month ago

"Good For Club & KTV"- Individu Selamba Jual 'Lollipop' Mengandungi Dadah Di TikTok Secara Terbuka, Ibu Bapa Diminta Pantau Anak-Anak