Penyasaran subsidi: Kerajaan terus pertahan kepentingan 85 peratus rakyat - PM

LocalPolitics
29 Oct 2024 • 4:00 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan kerajaan akan terus mempertahankan kepentingan 85 peratus rakyat dalam pelaksanaan penyasaran subsidi petrol RON95 yang dicadangkan pada pertengahan tahun depan.

Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata hanya golongan T15 serta warga asing akan dikenakan harga pasaran tanpa subsidi yang dilihat sebagai satu langkah wajar.

“Yang penting di sini adalah bahawa subsidi tidak membebankan 85 peratus rakyat, jadi sepatutnya kita janganlah jadi jaguh T15 seperti yang disuarakan banyak (pihak) dan macam-macam (oleh) pembangkang.

“...wajar kita kenakan bayaran semasa ikut (harga) pasaran kepada golongan mahakaya dan teratas, itu pun tak boleh?” kata beliau pada sesi Waktu-Waktu Pertanyaan Menteri di Dewan Rakyat hari ini.

Perdana Menteri menjawab soalan Khoo Poay Tiong (PH-Kota Melaka) mengenai definisi T15 dalam soal subsidi bersasar untuk petroleum RON95.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved