Penyasaran subsidi RON95 diteruskan secara berperingkat, elak tekanan kos kepada rakyat– Amir Hamzah

LocalPolitics
26 Jun 2025 • 6:28 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Penyasaran subsidi RON95 diteruskan secara berperingkat, elak tekanan kos kepada rakyat– Amir Hamzah

image is not available

26/06/2025 - 18:28

Oleh 'AINA SYAZWINA

KUALA LUMPUR 26 Jun - Kerajaan kekal komited melaksanakan penyasaran subsidi RON95 tahun ini secara berperingkat, dengan mengambil kira mekanisme paling sesuai bagi mengelak tekanan kos ke atas rakyat, kata Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim juga menyatakan subsidi bersasar untuk RON95 akan dilaksanakan tahun ini juga.

"Tetapi seperti mana pendekatan yang diambil terhadap diesel, kita perlu pastikan mekanisme pelaksanaannya betul dan tidak membebankan rakyat.

"Kerajaan masih dalam proses mereka bentuk sistem penyasaran yang sesuai dan akan membentangkannya kepada Jemaah Menteri apabila siap sepenuhnya.

"Namun, kerajaan tidak akan mengenakan tahap yang tinggi kerana ingin memastikan kebanyakan rakyat Malaysia tidak akan terkena impak (penyasaran) RON95 itu," katanya dalam satu kenyataan selepas merasmikan peluncuran inisitiaf Belanjawan 2025 kendalian SME Bank.

Bagaimanapun, perancangan pelaksanaan subsidi bersasar RON95 akan diteruskan seperti yang dirancangkan serta ia tidak akan menjejaskan sebahagian besar rakyat.

Menurutnya, terdapat banyak kempen negatif mengenai RON95 dan menjelaskan apa yang dikatakan oleh pembangkang hanyalah gimik yang menunjukkan rakyat sedang mengalami kesusahan.- DagangNews.com

featured standard