
Pelapor Khas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengenai Wilayah Palestin yang Diduduki, Francesca Albanese, memberi amaran bahawa tindakan penyasaran secara sistematik terhadap wartawan di Gaza merupakan satu kempen sengaja oleh Israel untuk menyembunyikan kekejaman dan bukti genosid yang berlaku.
Semasa taklimat media maya mengenai laporan baharunya, Albanese menggelarkan fenomena pemusnahan fungsi awam media ini sebagai “mediacide” — iaitu pembunuhan dan pemusnahan media secara tersusun bagi menyekat kebenaran daripada diketahui dunia.
Dapatan & Kenyataan Utama Albanese:
Serangan Disengajakan (Intentional Attacks): Albanese menegaskan bahawa pembunuhan dan penyasaran wartawan di Gaza bukanlah satu kebetulan atau insiden sampingan, sebaliknya merupakan strategi terancang untuk membungkam saksi utama di lapangan.
Isu Kekebalan Undang-Undang (Impunity): Mengulas mengenai kes pembunuhan wartawan veteran Palestin-Amerika Shireen Abu Akleh pada tahun 2022, beliau menyifatkan tiada sebarang tindakan susulan atau pertanggungjawaban yang diambil, sekali gus mencerminkan perlindungan dan kekebalan (impunity) yang turut diberi oleh Amerika Syarikat.
Bantahan Penggunaan Label ‘Pengganas’: Beliau mengecam tindakan melabelkan sasaran awam dan pengamal media sebagai pengganas, sambil menyifatkan label itu kerap digunakan sebagai alasan untuk membenarkan tindakan kebuluran, pembunuhan, dan kemusnahan di Gaza.
Gesaan Tindakan Mahkamah Domestik: Beliau menggesa agar mahkamah-mahkamah domestik di peringkat antarabangsa bertindak segera menyiasat warga asing (termasuk warga Britain, Perancis, AS, dan Belgium) yang berkhidmat dalam tentera Israel atas dakwaan penglibatan dalam jenayah perang.
Sumber asal: TRT World & Agensi






