Penyelam kutip lebih 12 tan sampah dasar laut

27 Mar 2024 • 11:45 AM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

SEMPORNA: Projek pembersihan dasar laut iaitu ‘Jetama Underwater Cleanup 2024’ telah mengumpul 12.1 tan sisa dasar laut di tiga lokasi di Sabah termasuk di Pulau Mabul di sini, diiktraf sebagai lokasi menyelam terbaik di dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif Jetama Sdn Bhd, Ahmad Naim Uddang berkata program pembersihan dasar laut selama empat hari berakhir Selasa diterajui syarikat itu dan turut membersihkan dasar laut di Kampung Serusup di Tuaran dan Pulau Sepanggar, Kota Kinabalu.

“Kira-kira 60 penyelam, penduduk kampung, dan agensi kerajaan serta swasta termasuk operator aktiviti penyelaman tempatan mengambil bahagian dalam program pembersihan yang julung kali diadakan.

“Mereka berkata semua bahan plastik berakhir di lautan...oleh itu matlamat awal kami adalah untuk mengutip 10 tan sisa buangan plastik selaras dengan sasaran plastik sifar bersih. Berbesar hati untuk mengumumkan bahawa kami mencapai angka positif dengan melebihi jumlah sasaran,” katanya dalam kenyataan kepada Bernama di sini, Selasa.

SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Sementara itu Ahmad Naim berkata Jetama, sebuah syarikat konsesi air untuk Pantai Barat Sabah, akan menganjurkan program tersebut sebagai acara tahunan untuk membantu meningkatkan pemuliharaan alam sekitar dan kualiti hidup masyarakat Sabah di sini.

Beliau berkata syarikat itu akan meneruskan program sama dengan memastikan dasar plastik sifar bersih dicapai setiap tahun bersama-sama dengan rangka kerja karbon sifar bersih dan konsep tenaga boleh diperbaharui sejajar dengan matlamat yang lebih luas iaitu kemampanan dan tanggungjawab alam sekitar.

“Komitmen syarikat terhadap kelestarian alam sekitar tidak terhenti pada usaha pembersihan semata-mata dan berkait rapat dengan inisiatifnya untuk menangani pencemaran plastik dan mempromosikan ke arah kelestarian pengurusan plastik,” katanya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.