
STAF Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) dan Majlis Daerah Penampang diingatkan supaya lebih tekun memeriksa kawasan tepi jalan dan rizab parit di bawah penyelenggaraan mereka bagi memastikan tumbuhan di kawasan ini tidak mengganggu atau membahayakan orang ramai.
Ini berikutan maklum balas daripada pemilik rumah di Sembulan, Luyang dan Penampang mengenai kekurangan penyelenggaraan yang dijalankan di kawasan umum kejiranan masing-masing.
Individu di Sembulan bimbang mengenai beberapa pokok yang tumbuh tinggi di atas pekarangan rumah yang digunakan oleh sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), manakala yang dua lagi bimbang reptilia berbahaya mungkin membiak di dalam semak rumput berhampiran kediaman mereka.
Mereka memberi Hotline lokasi-lokasi tersebut, yang telah dimaklumkan kepada agensi masing-masing. Skylift dikerahkan untuk membantu pekerja DBKK mencantas pokok-pokok ini di Sembulan
Seorang jurucakap DBKK berkata pemeriksaan awal dibuat di Lorong Ikan Pepuyu, di Sembulan, oleh staf Jabatan Landskap (LD) agensi tidak lama selepas itu.
“Mereka mendapati beberapa pokok akasia tumbuh di kawasan lapang di sebelah premis NGO itu,” katanya.
“Pokok-pokok itu telah tumbuh begitu tinggi sehingga sebahagian daripada kanopinya menaungi halaman depan rumah itu, serta jalan menuju ke bangunan itu.”
Dia berkata terdapat kemungkinan besar untuk dahan rimbun patah pada bila-bila masa, lebih-lebih lagi memandangkan hujan lebat yang kadangkala melanda Ibu Negeri.
“Bergantung kepada saiznya, dahan yang jatuh boleh merosakkan harta benda - termasuk kereta yang diletakkan di pekarangan - atau, lebih teruk lagi, mencederakan sesiapa yang ditimpa.” Sisa cantasan kemudiannya dipunggah ke belakang lori.
Oleh sebab itu, sepasukan lapan petugas daripada agensi itu pergi ke kejiranan ini beberapa hari kemudian, menurutnya.
Dia berkata sebuah “skylift” dan lori terbuka telah digunakan untuk memudahkan usaha mencantas pokok-pokok itu.
“Pihak ‘mandur’ (penyelia) diminta memantau pokok-pokok di kawasan Sembulan ini bagi memastikan masalah itu tidak berulang.
“Pokok-pokok yang tumbuh di kawasan umum dicantas jika dan bila perlu berbuat demikian.”
Jurucakap itu berkata LD sedang memeriksa keadaan sebuah parit belakang rumah, dekat Lorong Palas 1B di Luyang.
“Pekerja kami akan dihantar untuk menyelenggara parit dan tumbuh-tumbuhan di rizab sebelah struktur ini, jika perlu dilakukan,” katanya.
PATRICIA dari Sembulan berkata, pokok-pokok di tepi pagarnya di Taman Sempelang telah menjadi sangat tebal dan tinggi.
“Saya dapati pokok-pokok bergoyang kuat dari sisi ke sisi apabila angin kencang bertiup,” katanya.
“Saya khuatir bahagian atas pokok itu mungkin patah dan menimpa rumah saya.”
“Pemandu dan pejalan kaki yang lalu lalang juga mungkin akan mengalami kecederaan apabila ini berlaku.”
Selain itu, Patricia bimbang talian elektrik paling hampir dengan pokok-pokok itu mungkin terputus dua apabila ditimpa dahan yang jatuh dari pokok.
“Semua kami di kejiranan boleh mengalami gangguan kuasa berjam-jam dalam keadaan sedemikian.”
JON dari Luyang berkata air telah bertakung di parit umum di belakang rumah di satu bahagian Taman Jindo.
“Kami yang tinggal berdekatan perlu menutup pintu dan tingkap kami untuk mengurangkan gangguan akibat bau busuk yang masuk ke dalam rumah kami,” katanya.
Dia mendakwa bahawa parit itu tidak dibersihkan dalam “berbulan-bulan”.
“Kebelakangan ini, semakin banyak nyamuk masuk ke dalam rumah. Saya takut bahawa serangga ini mungkin telah menjadikan parit itu habitatnya.”
Jon juga mengeluh mengenai gangguan yang timbul akibat rumput panjang dan pokok rimbun di tepi struktur ini.
“Beberapa jiran saya pernah melihat biawak dan ular merayap dalam semak di situ.
“Ia hanya menunggu masa sebelum reptilia ini menyusup ke dalam halaman mereka dan menggigit haiwan peliharaan mereka.”
Sementara itu, pihak Majlis telah memotong rumput di rizab jalan di sekitar Taman Hiburan.
Seorang jurucakap agensi itu berkata kerja ini secara amnya dijalankan setiap bulan.
“Kecuali jika ada sebarang keadaan yang tidak diduga, bahagian berkaitan telah diminta untuk mematuhi jadual ini,” katanya.
“Kami akan membuat pemeriksaan secara rawak di kawasan perumahan di bawah bidang kuasa kami untuk memastikan pembayar kadar kami diberi perkhidmatan seperti yang sepatutnya.” PARIT belakang ini di Luyang dan kawasan rizabnya sudah berbulan-bulan tidak diselenggara.
LIEW, yang tinggal di sepanjang Lorong Hiburan 6, berkata tumbuh-tumbuhan di tepi jalan perumahan itu sudah lama tidak diurus.
“Di beberapa tempat, rumputnya begitu panjang sehingga kami hampir tidak dapat melihat jalan di hadapan rumah kami,” katanya.
“Keadaan ini amat berbahaya kepada mereka yang berjalan kaki. Sebarang kesilapan langkah boleh membuatkan mereka terjatuh di hadapan kenderaan bergerak.”
Liew beranggapan bahawa Majlis tidak mengendahkan penyelenggaraan kawasan umum di sana.
“Saya membayar cukai taksiran kira-kira RM527 kepada agensi itu setiap suku tahun.
“Saya fikir ia tidak adil untuk membayar bagi perkhidmatan yang tidak boleh diharapkan.”
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

