
SABAH boleh menjangkakan bekalan air yang lebih baik dalam tempoh enam bulan akan datang berikutan peruntukan RM320 juta daripada Kerajaan Persekutuan untuk menyelesaikan masalah air di negeri ini, kata Timbalan Ketua Menteri III merangkap Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya.
Katanya, peruntukan itu akan digunakan untuk melaksanakan program di Kota Kinabalu, Tuaran, Putatan, Papar, Beaufort, Keningau, Tawau, Lahad Datu dan Sandakan.
“Untuk langkah jangka pendek atau segera, kami memberi tumpuan kepada usaha mengurangkan air tanpa hasil (NRW).
“Kita ada 20 program untuk dilaksanakan segera dan ia akan disiapkan dalam tempoh enam hingga 12 bulan bagi memulihkan keadaan air di Sabah.
SPONSORED CONTENT Shell’s Access to Energy helps power lives of isolated communities in Sabah Kota Kinabalu: In 2017, Sabah Shell Petroleum Co Ltd (SSPC) launched Access to Energy (A2E), a Shell Social Investment programme aimed at providing affordable and continuous supply of electricity from renewable sources for communities who live without connection to the electricity grid. Read more “Antara program ini adalah memotong sambungan haram, membaiki dan menggantikan paip lama, menambah penggalak pam dan menggantikan pam air yang rosak.
“Mudah-mudahan, dalam tempoh enam bulan akan datang, masyarakat dapat menikmati bekalan air yang lebih baik,” katanya kepada pemberita ketika ditemui pada program di Balai Raya Terbuka di Kampung Tanjung Aru Lama, Kota Kinabalu, 2 Jun lalu.
Shahelmey berkata, Jabatan Air Negeri telah diarah untuk menguruskan pengagihan bekalan air kepada pengguna sementara menunggu projek loji rawatan air Telibong 2 siap.
“Kami telah mengarahkan Jabatan Air untuk menguruskan pengagihan bekalan air, khususnya di Kota Kinabalu, Putatan dan utara Papar.
“Loji rawatan air itu akan menyediakan tambahan 80 juta liter air sehari untuk Kota Kinabalu.
“Bagi pihak Kerajaan Sabah, kami berterima kasih kepada Kerajaan Persekutuan kerana membantu kami menyelesaikan masalah bekalan air ini,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

