Penyelesaian jangka panjang isu air di Sebatik

LocalEnvironment
14 May 2025 • 3:41 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Amir Anuar

KALABAKAN: Kerja-kerja memperbesar dan mendalamkan takungan air di Loji Rawatan Air (LRA) Wallace Bay akan dilaksanakan sebagai penyelesaian jangka masa panjang bagi kekurangan bekalan air di Pulau Sebatik.

Projek itu dijangka membantu kira-kira 25,000 penduduk Sebatik, yang selalu sukar mendapatkan air bersih sehingga tiga bulan lamanya pada musim kemarau.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Timbalan Ketua Menteri yang juga Menteri Kerja Raya Datuk Ir Shahelmey Yahya, berkata kementeriannya sendiri akan memohon kepada kerajaan supaya projek itu dapat dimulakan.

“Jabatan Air mempunyai perancangan dengan memperbesarkan takungan air sedia ada dan mengorek dasar untuk memberi kedalaman agar bekalan air berada pada kadar mencukupi.

“Taklimat ringkas juru runding Jabatan Air yang membuat kajian di sini ada memberitahu kita bahawa kerja-kerja memperdalamkan takungan air mungkin memakan masa setahun,” katanya semasa lawatan kerjanya ke Sebatik di sini, pada Isnin.

Beliau diiringi oleh Ahli Parlimen Kalabakan Datuk Andi Muhammad Suryady Bandy dan Adun Sebatik Datuk Hassan A Gani Pg Amir.

Mengulas lanjut, buat masa ini Jabatan Air menggunakan ‘Portable Water Purifier Plant’ untuk membekalkan air bersih kepada penduduk sebagai alternatif jika berlaku masalah bekalan air.

Krisis bekalan air di Sebatik begitu teruk sehingga penduduk terpaksa menggali ke dalam tanah untuk mencari air atau membeli air dengan kos tinggi.

Projek pembesaran dan pendalaman takungan WTP Wallace Bay merupakan langkah penting ke arah penyelesaian mampan dan berkesan kepada masalah tersebut.

Menyentuh hal berkaitan, beliau juga sedia memberikan kerjasama kepada Andi Suryady dan Hassan dalam pembangunan projek-projek fasiliti di Sebatik untuk kesejahteraan penduduk.

Antara yang menarik perhatiannya, Projek Klinik Kesihatan Sungai (Sg) Tamang dan cadangan pembinaan jeti umum baharu di Kg Sg Tongkang oleh Jabatan Pelabuhan dan Dermaga Sabah.

Projek lain termasuk cadangan pembinaan jalan berturap sejauh 7km dari Bergusong Kecil ke Sg Melayu untuk kemudahan perhubungan darat penduduk di pulau terbabit.

Pada masa sama, bekas bangunan Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (CIQS) yang semakin usang dan menimbulkan risiko keselamatan turut menarik perhatiannya.

Kawasan berkenaan masih aktif digunakan pejalan kaki untuk ke Jeti Awam Tawau, yang menjadi lokasi utama penduduk Sebatik berulang-alik dengan Bandar Tawau.

Bangunan itu dikatakan berada dalam keadaan tidak terurus semenjak dikosongkan pada 2016 susulan pemindahan pengoperasian penuh CIQS Tawau ke Terminal Feri Penumpang Tawau.