Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia

WorldTechnology
24 Jul 2026 • 10:09 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia

TOKYO – Sebuah syarikat memperkenalkan ruang penyejukan peribadi dipanggil peti sejuk manusia selepas Jepun berdepan cuaca panas melampau, lapor agensi berita United Press International. 

Dinamakan Do Hiemon Box, saiz peti itu menyamai saiz mesin layan diri standard di Jepun dan boleh memuatkan seorang individu dalam satu masa. 

Peranti tersebut mengekalkan suhu dalaman tahap nyaman 15 darjah Celcius, manakala aliran udara sejuk akan ditiup ke kepala, leher, bahu serta belakang pengguna. 

Ia dibina oleh pengeluar peralatan penyejukan dan mesin layan diri, SDRS dan dijual melalui pembekal peralatan perindustrian, Trusco Nakayama. 

Selain dapat mengurangkan kelesuan haba, produk itu direka khas untuk mereka yang bekerja di persekitaran panas seperti tapak pembinaan dan lain-lain. 

Do Hiemon Box dijual pada harga 1.5 juta yen (RM37,488).

 Suhu di seluruh Jepun meningkat kepada 37.77 darjah Celsius sejak beberapa minggu lalu, dengan seramai 48 orang di Tokyo dimasukkan ke hospital akibat strok haba.  – AGENSI

 

The post Penyelesaian muktamad gelombang haba, Jepun jual peti sejuk manusia appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved