Penyelesaian Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah sokong pertumbuhan ekonomi ahli

LocalBusiness & Finance
5 Jan 2025 • 4:28 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Ahmad Apong

BEAUFORT: Pertubuhan Gagasan Ekonomi Negeri Sabah (PGENS) yang baru ditubuhkan mahu menyediakan penyelesaian inovatif untuk memupuk kerjasama dalam kalangan pihak berkepentingan sambil mempromosikan keusahawanan, inovasi dan kemampanan.

Presidennya Datuk Jismith Japong berkata demikian ketika merasmikan sesi ‘Sembang Santai’ dan Mesyuarat Pertama Ahli Jawatankuasa Bahagian Parlimen Beaufort yang diadakan di Hotel Gem di sini baru-baru ini.

AdvertisementBeliau berkata PGENS akan memberi tumpuan kepada pembangunan dan pelaksanaan program yang memacu pertumbuhan ekonomi, mewujudkan peluang pekerjaan dan meningkatkan kualiti hidup ahli dan kumpulan sasarnya.

“Objektif utama PGENS adalah untuk memajukan dan mengukuhkan ekonomi ahlinya melalui pelbagai inisiatif yang menyokong pembangunan ekonomi, daya saing dan kemakmuran,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved