Penyelewengan projek kapal LCS tidak patut berlaku

LocalPolitics
4 Sep 2022 • 8:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hashim (kiri) berbual dengan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Ahmad Yakob pada Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Ahad. - Foto Facebook Pas pusat

ALOR SETAR - Mursyidul Am Pas, Datuk Hashim Jasin menyifatkan penyelewengan projek kapal tempur pesisir (LCS) bagi kegunaan Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) tidak sepatutnya berlaku.

Hashim berpandangan, Perlis sebagai contohnya mampu goyang kaki selama empat tahun sekiranya betul penyelewengan RM6 bilion berlaku untuk projek tersebut.

“Rakyat Perlis hampir 300,000, semua goyang kaki. Boleh belanja duit itu tidak habis.

“Jikalau, betul berlaku saya amat sedih dengan apa yang berlaku,” katanya ketika ucapan penggulungan Muktamar Tahunan Pas Pusat kali ke-68 di Kompleks Pas Kedah, Kota Sarang Semut pada Ahad.

Beliau berkata, isu rasuah dan penyelewengan merupakan masalah yang membelenggu negara ketika ini.

“Sekarang, isunya lain pula dan bukannya isu masyarakat berpecah belah tetapi isu rasuah dan penyelewengan.

“Adakah patut, (penyelewengan) RM6 bilion kalau betul (berlaku), kita tidak tuduh. RM6 bilion hilang begitu sahaja,”katanya.

Beliau berkata, isu utama yang perlu diatasi pada tahun 80-an adalah perpecahan masyarakat, maka isu penyelewengan perlu diberi keutamaan pada tahun 2022 ke atas.

Sehubungan itu, Hashim berkata, Pas haruslah memberi tumpuan membentuk pemimpin yang bersih dan bebas daripada gejala rasuah itu.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved