Penyelidik USM Raih Pengiktirafan Antarabangsa Dalam Inovasi Rawatan Kanser Lidah

WorldTechnologyDigitalSpace
15 May 2025 • 4:59 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Sekumpulan penyelidik dari Universiti Sains Malaysia (USM) telah mendapat pengiktirafan antarabangsa di Persidangan ESTRO 2025 kerana kajian mereka dalam rawatan kanser lidah. Mereka memperkenalkan teknik Hybrid Brachytherapy-Intensity Modulated Radiotherapy (HyBIRT) yang menggabungkan dua kaedah rawatan brakiterapi dan radioterapi luaran (IMRT) untuk meningkatkan keberkesanan rawatan sambil mengurangkan kesan sampingan terhadap fungsi lidah.

image is not available
Sumber – Utusan

Teknik ini menawarkan alternatif kepada pesakit yang tidak mahu menjalani pembedahan pemotongan lidah (glossectomy) atau yang tidak sesuai untuk prosedur tersebut. Ketua penyelidik, Profesor Madya Dr. Gokula Kumar Appalanaid turut menjelaskan bahawa HyBIRT berpotensi membantu pesakit memulihkan fungsi lidah dengan lebih baik berbanding kaedah tradisional.

Penyelidikan ini telah mendapat Top Scoring Abstract Certificate, iaitu satu pengiktirafan tertinggi dalam bidang onkologi sekaligus menunjukkan pencapaian yang membanggakan buat Malaysia dalam inovasi rawatan kanser. Pusat Perubatan USM Bertam (PPUSMB) turut menjadi antara institusi pertama di dunia yang menjalankan ujian teknik ini ke atas pesakit prospektif.

Ini bermakna penyelidik mengikuti pesakit yang menerima rawatan HyBIRT untuk melihat kesannya dalam jangka masa panjang. Mereka turut mengumpulkan data secara langsung dari pesakit bagi memahami sejauh mana keberkesanan teknik ini dalam membantu pemulihan dan mengurangkan kesan sampingan.

View Original Article