Penyelidikan elemen penting pembangunan pendidikan

9 Jul 2023 • 1:49 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Penyelidikan adalah elemen penting dalam agenda pembangunan pendidikan negara.

Timbalan Ketua Menteri III Datuk Ir Shahelmey Yahya berkata, kepentingan penyelidikan dalam pendidikan telah digariskan dengan jelas dalam Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia (PPPM) 2013-2025.

“Penyelidikan pada hari ini telah menjadi penanda aras baharu global dan sudah pasti menuntut kepada keupayaan penemuan dan penciptaan yang bukan sahaja bersifat baharu, unik dan bermanfaat tetapi juga mampu berfungsi sebagai pemangkin kepada kesejahteraan dalam pendidikan negara.