Penyeludup tukar taktik guna laluan laut

LocalPolitics
27 Feb 2025 • 1:56 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis Kelantan PGA, PPM dan Maritim Malaysia akan terus memperkemaskan rondaan dalam membendung aktiviti berkenaan.

KOTA BHARU - Aktiviti penyeludupan menukar modus operandi dengan menjadikan laut sebagai laluan baharu setelah polis Kelantan menguatkuasakan larangan rentas sempadan menggunakan pangkalan haram di sepanjang Sungai Golok bermula 1 Disember tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata, hasil risikan yang dijalankan mendapati kumpulan berkenaan menggunakan Kuala Besar di Kota Bharu, Tak Bai (Tumpat), Tok Bali (Pasir Puteh) dan sebagainya untuk tujuan tersebut.

"Sebelum ini aktiviti penyeludupan barangan kontraban, PATI (pendatang asing tanpa izin) dan banyak lagi banyak dilakukan di Sungai Golok.

"Tetapi sejak kita (polis) mengetatkan kawalan, mereka mula menggunakan laluan laut pula.

"Bagaimanapun kita sentiasa membuat pemantauan dan telah berjaya mematahkan beberapa kes penyeludupan di kawasan terbabit," katanya semasa sidang akhbar di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Kelantan di sini pada Khamis.

Menurut beliau, Polis Kelantan bersama Pasukan Gerakan Am (PGA), Pasukan Polis Marin (PPM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) akan terus memperkemaskan rondaan dalam membendung aktiviti berkenaan.

View Original Article