Penyertaan Anugerah Hari Pekerja 2026 dibuka

LocalSales & Promo
25 Jan 2026 • 3:43 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Hantaran poster dimuat naik Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Facebook pada Jumaat.

SHAH ALAM - Sambutan Anugerah Hari Pekerja 2026 akan diadakan pada 1 Mei depan bertempat di Axiata Arena Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Dengan bertemakan 'Pekerja Kesuma Bangsa', anugerah berprestij di bawah Kementerian Sumber Manusia (Kesuma) itu bukan sekadar penghargaan, tetapi bukti bahawa setiap sumbangan diiktiraf dan dihargai negara.

Sebanyak 14 kategori dipertandingkan dengan jumlah keseluruhan hadiah wang tunai bernilai RM140,000 dan sijil ditawarkan kepada pemenang anugerah.

Tarikh tutup penyertaan adalah pada 20 Mac 2026 dan sebarang maklumat lanjut boleh didapati di laman sesawang www.ahp2026.com.my.

View Original Article