Penyertaan Anugerah James Dyson 2025 Kini Dibuka – Hadiah RM 27800 Menanti Pemenang Tempatan

TechnologyDigital
12 Mar 2025 • 6:25 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Penyertaan untuk Anugerah James Dyson (James Dyson Award) kini dibuka sehingga 16 Julai 2025. Sejak pertandingan ini dibuka pada tahun 2005 untuk pelajar universiti dalam jurusan rekaan dan kejuruteraan, ia telah menyumbang hadiah bernilai lebih RM5 juta. Tahun ini pemenang yang dipilih di peringkat negara akan menerima hadiah RM 27,800 sementara penenang di peringkat antarabangsa akan menerima hadiah RM 166,700.

image is not available

Tahun lalu Brikoole memenangi hadiah ciptaan terbaik di Malaysia. Ia adalah sistem penyejukan yang menggunakan penyejatan bagi mengawal suhu. Ia dicipta oleh Wayne Chong dan Nixon Ng, dua graduan Asia Pacific University of Technology and Innovation. Sementara itu pada tahun 2023 pula ia dimenangi oleh Soapy sebuah alat permainan yang mengajar kanak-kanak membasuh tangan dengan betul. Sopay dicipta oleh Lim Zi Suen yang juga pernah memenangi Anugerah James Dyson sebelum ini.

Pemenang anugerah di peringkat negara akan diumumkan pada 10 September. Sebanyak 20 projek terbaik di peringkat global kemudiannya akan diumumkan pada 15 Oktober. Pemenang keseluruhan Anugerah James Dyson 2025 akan dipilih sendiri oleh Sir James Dyson pada 5 November.