‘Penyertaan Upko perkukuh perpaduan parti tempatan dalam GRS’

LocalPolitics
22 Jun 2026 • 4:55 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

‘Penyertaan Upko perkukuh perpaduan parti tempatan dalam GRS’

TAWAU: Penyertaan Pertubuhan Kinabalu Progresif Bersatu (Upko) sebagai ahli komponen Gabungan Rakyat Sabah (GRS) yang baharu mampu menambah lagi kekuatan dan kesatuan perpaduan dalam kalangan parti-parti tempatan negeri ini, kata Ketua Penerangan Parti Gagasan Rakyat Sabah (PGRS), Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Beliau berkata perkara itu selaras dengan perjuangan GRS yang merupakan gabungan parti yang benar-benar memperjuangkan kepentingan negeri dan rakyatnya.

Menurutnya, beliau sememangnya amat mengalu-alukan keputusan dibuat pucuk pimpinan GRS di bawah pengerusinya yang juga Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor untuk menerima secara rasmi Upko ke dalam komponen GRS.

Justeru, beliau berharap kemasukan satu lagi parti tempatan ke dalam GRS akan memperkukuhkan lagi gabungan itu dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Ditanya pengagihan kerusi untuk Upko pada PRU16 kelak, Nizam berkata, perkara itu diserahkan kepada budi bicara dan kebijaksanaan pucuk pimpinan GRS.

Katanya, pengerusi GRS juga sudah membuat kenyataan bahawa beberapa pemimpin parti komponen GRS diamanahkan untuk menjadi penyelaras ataupun mengetuai enam zon di Sabah - yang bertanggungjawab melaksanakan naziran serta memantau laporan persediaan bahagian di kawasan masing-masing.

“Insya Allah sekiranya semua berjalan baik dan lancar, kita yakin GRS akan tetap menjadi pilihan majoriti rakyat di Sabah pada PRU16 ini,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved