Penyewa Berang Tuan Rumah Datang Tuntut Bayaran Tertunggak Padahal 3 Bulan Tak Bayar Sewa [Video]

PropertyLifestyle
26 May 2026 • 12:51 PM MYT
BuzzKini
BuzzKini

Laman Berita Social Malaysia

Image from: Penyewa Berang Tuan Rumah Datang Tuntut Bayaran Tertunggak Padahal 3 Bulan Tak Bayar Sewa [Video]

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut tentang penyewa, kebanyakan tuan rumah sering meluahkan rasa kecewa dengan sikap segelintir penyewa tidak bertanggungjawab yang merosakkan harta benda sehingga ada yang digelar ‘penyewa dari neraka’.

Bukan hanya isu itu sahaja, malah ada tuan rumah yang dilayan buruk oleh penyewa seolah-olah mereka bukan pemilik asal kediaman terbabit.

Tuan Rumah Datang Tuntut Sewa Tertunggak, Penyewa Minta Beri Masa

Itulah yang dihadapi oleh seorang lelaki apabila dia mendapat layanan buruk ketika menuntut bayaran sewa tertunggak dari penyewa rumahnya.

Menerusi hantaran tular yang dikongsikan di X, tuan rumah berkenaan pada mulanya masuk ke kediaman terbabit dan memberi salam.

Dia kemudiannya disambut oleh seorang wanita yang bertanyakan tujuannya datang ke rumah tersebut.

Setelah beberapa ketika, wanita terbabit mengenali lelaki itu dan bertanyakan sebab kehadiran mereka.

Lelaki terbabit kemudiannya menjelaskan tujuan kedatangan mereka adalah untuk menuntut bayaran sewa yang telah tertunggak selama tiga bulan.

Namun jelas wanita berkenaan, dia meminta agar mereka sekeluarga diberi tempoh masa sehingga hari gaji bagi melunaskan bayaran tersebut.

Penyewa Dakwa Tak Bayar Ada Sebab, Minta Tuan Rumah Berperikemanusiaan

Pun begitu, tuan rumah itu sekali lagi mengingatkan kepada wanita terbabit agar segera membuat bayaran sewa yang telahpun tertunggak selama tiga bulan.

Walau bagaimanapun, wanita itu dilihat mula berang dan mendakwa mempunyai sebab tersendiri dia tidak membayar sewa rumah.

Malah, dia mula menaikkan suara apabila tuan rumah menyatakan bahawa dia serta suami bekerja dan sepatutnya boleh membuat bayaran sewa tersebut.

“Saya dah cakap, nanti suami saya gaji dia bayar. Anggap jela tak bayar tu ada la sebabnya, abang (tuan rumah) ni boleh tak berperikemanusiaan?

“Abang ingat hidup zaman sekarang hidup untuk bayar sewa rumah je ke? Bukannya kita tak nak bayar.

“Saya dah cakap tunggu suami saya bayar, abang nak saya cakap bahasa apa?” jelasnya.

Lebih mengejutkan, penyewa itu membandingkan tempoh bayaran tertunggak selama tiga bulan dengan mereka yang gagal membayar sewa selama lima bulan.

Malah, penyewa turut menyifatkan tuan rumah berkenaan sebagai zalim apabila dia diminta keluar dari rumah sewa jika tidak membuat bayaran berkenaan.

Suami Rupanya Ada Dalam Rumah, Tuan Rumah Pula Kena Marah Konon Datang Ke ‘Rumah’Nya

Bukan itu sahaja, rupanya suami wanita itu ada di dalam rumah malah turut meminta penangguhan bayaran daripada tuan rumah terbabit.

Tuan rumah kemudiannya memberikan tempoh masa selama seminggu untuk mereka menyelesaikan bayaran sewa yang tertunggak atau dia perlu memanggil pihak berkuasa untuk tindakan selanjutnya.

Pun begitu, suami wanita itu pula yang berang malah meninggi suara seolah-olah mereka yang memiliki kediaman terbabit.

“Aku dah cakap bagi aku masa bulan depan. Kau (tuan rumah) tak ada hati perut ke? Aku banyak lagi benda nak kena bayar, siapa yang duduk dalam rumah sekarang ni?” kata lelaki itu.

Menerusi video yang dikongsikan, kedengaran perakam video mendakwa bil air dan elektrik juga turut tertunggak.

Warganet Berang Dengan Sikap Penyewa, Sokong Tindakan Tuan Rumah Halau Penyewa

Video yang telah mendapat lebih 166,000 tontonan dan turut dikongsikan di platform lain nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang berang dan geram dengan layanan penyewa terhadap tuan rumah berkenaan.

Malah, kebanyakan warganet menyokong pemilik kediaman untuk menghalau penyewa dek kerana sikap tidak beradab mereka itu.

Pun begitu, ada warganet yang berpendapat tuan rumah tidak boleh mengambil tindakan sendiri seperti memotong bil air atau elektrik jika tiada klausa yang menyatakan sebegitu dalam perjanjian dengan penyewa.

Ini antara komen pengguna media sosial:

“Nasib Baiklah Tuan Sewa Rumah Masih Lagi Berlembut Dengan Penyewa, Kalau Kena Dekat Aku, Bukan Kata Seminggu, Hari Ini Aku Panggil Dia Keluar”

Image from: Penyewa Berang Tuan Rumah Datang Tuntut Bayaran Tertunggak Padahal 3 Bulan Tak Bayar Sewa [Video]

“Patut Tuan Rumah Yang Marah Penyewa, Tapi Penyewa Yang Marah Tuan Rumah”

Image from: Penyewa Berang Tuan Rumah Datang Tuntut Bayaran Tertunggak Padahal 3 Bulan Tak Bayar Sewa [Video]

“Ramai Komen Merapu Tak Guna Fakta, Panggil Polislah, Suruh Potong Airlah, Suruhh Poting Apilah. Jawapan Tak Boleh Kalau Klausa Dalam Perjanjian Tak Ada”

Image from: Penyewa Berang Tuan Rumah Datang Tuntut Bayaran Tertunggak Padahal 3 Bulan Tak Bayar Sewa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penyewa Dari Neraka” – Sangat Pengotor & Selalu Kencing Di Sinki, Lelaki Nekad Halau Housemate [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Deposit Pun Tak Boleh Cover” – Pemilik Kesal Rumah Sewa Kotor & Rosak Gara-Gara Sikap Penyewa [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa

View Original Article