“Penyewa Dari Neraka” – Lelaki Puas ‘Housemate’ Pengotor Akhirnya Dihalau Keluar Rumah

23 Sep 2022 • 11:18 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

image is not available

Sepanjang korang menyewa rumah, pernah tak korang berdepan dengan situasi dapat kawan serumah yang pengotor sampai membuatkan korang dan beberapa penyewa yang lain jadi tak selesa untuk duduk bersama.

Itulah pengalaman dan ‘penderitaan’ yang dihadapi seorang pemuda apabila dia perlu berhadapan dengan seorang ‘housemate’ pengotor yang gemar meninggalkan biliknya dalam keadaan bersepah dan kotor.

Bukan itu sahaja, ‘housemate’nya itu juga difahamkan gemar mengambil makanan kepunyaan orang lain tanpa izin.

image is not available

Housemate terus dihalau keluar

Tidak tahan dengan keadaan itu, pemuda berkenaan bertindak menghalau ‘housemate’nya yang pengotor itu keluar dari rumah.

image is not available

Kita yang mendengar ni pun dah geli dan loya tekak, inikan pula pemuda ni yang perlu berdepan dengan situasi macamni.

Kredit: TikTok fredauuuuussssssssss

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media