Penyiasat Antarabangsa Dedah Dalang Sebenar Serangan MH17 8 Februari Ini

27 Jan 2023 • 11:50 AM MYT
Oh! Media
Oh! Media

Made in Malaysia by Malaysian.

Umum mengetahui negara kita telah menerima berita serangan tembakan kapal terbang MH17 di Ukraine pada 2014 yang lalu.

Terbaru, satu sidang media khas oleh penyiasat antarabangsa akan diadakan bagi memberi maklumat baru mengenai kejadian itu.

Dalang sebenar

Menurut laporan Buletin TV3, penyiasat antarabangsa akan mengumumkan hasil siasatan terbaru mereka pada 8 Februari ini.

Hasil siasatan dan penyelidikan yang telah dilakukan oleh pasukan itu akan membongkar mengenai dalang sebenar yang mengarahkan serangan terhadap kapal terbang MH17.

Sebelum ini, dua orang warga Rusia dan Ukraine telah dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup kerana dituduh membunuh. Walau bagaimanapun, tertuduh didapati tidak bersalah kerana mereka hanya membawa peluru berpandu ke Ukraine dan dalang sebenar masih lagi tidak dapat dikenal pasti.

Kredit: YouTube

+ Baca respon pembaca di Facebook dan Telegram Oh! Media

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved