Penyokong Muhyiddin berkumpul depan pejabat SPRM

Politics
9 Mar 2023 • 10:16 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Penyokong -penyokong Muhyiddin hadir di hadapan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

image is not available
Antara pemimpin yang hadir ialah Azmin Ali.

image is not available
Kira-kira 50 penyokong Muhyiddin hadir di hadapan Ibu Pejabat SPRM di Putrajaya pada Khamis.

PUTRAJAYA - Kira-kira 50 penyokong Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin hadir di hadapan Ibu Pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada Khamis.

Rata-rata penyokong memakai baju putih memaparkan gambar Muhyiddin.

**media[2120506]**

Bekas Perdana Menteri itu dijangka tiba ke ibu Pejabat SPRM kira-kira jam 11 pagi.

Setakat jam 10 pagi, antara pemimpin yang hadir ialah Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu, Datuk Seri Saifuddin Abdullah dan Datuk Seri Mohamed Azmin Ali.

**media[2120508]**

Turut kelihatan ialah Ahli Parlimen Arau, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Beberapa anggota polis juga telah ditempatkan di luar pintu masuk utama bangunan SPRM termasuklah bagi kawalan trafik.

Difahamkan, kehadiran Muhyiddin ke SPRM adalah berkenaan siasatan membabitkan dana parti Bersatu.

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin akan didakwa esok

ARTIKEL BERKAITAN: Muhyiddin ke SPRM esok