Penyokong Persoal Punca Jurulatih Selangor FC Letak Jawatan

LocalFootball
1 Nov 2024 • 9:58 AM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Presiden Anak Selangor Fan Club (ASFC), Mohd Faizal Wahid meminta Selangor FC memberi penjelasan susulan punca jurulatih pasukan bola sepak itu, Nidzam Jamil meletakkan jawatan secara mengejut.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Menurut laporan Sinar Harian, Faizal menjelaskan bahawa penyokong bimbang momentum pasukan tersebut akan terjejas dalam mengharungi saingan Liga Super dan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL2) selepas peletakan jawatan jurulatih tersebut.

“Memang kami penyokong Selangor agak terkejut dengan apa yang terjadi kerana situasi Selangor ketika ini berada pada momentum baik di kedudukan kedua Liga Super dan pendahulu Kumpulan H di ACL2.

“Takkan sebab kalah kepada Johor Darul Ta’zim (JDT) baru-baru ini maka desakan timbul dan dibiarkan Nidzam Jamil letak jawatan?

“Selangor FC perlu membuat kenyataan mengenai perkara ini dan kami nak tahu sebab apa beliau letak jawatan,” katanya pada Khamis.

image is not available

Foto: Sinar Harian

Keputusan Nidzam untuk meletakkan jawatan secara serta-merta dibuat pada Rabu dan tindakan itu dibuat tiga hari selepas Selangor FC tewas dalam perlawanan bertemu JDT dalam aksi Liga Super.

image is not available

Foto: Facebook Selangor FC

Selangor ketika ini berada di kedudukan kedua Liga Super dengan lapan kemenangan, dua seri dan tiga kekalahan di bawah bimbingan jurulatih berusia 44 tahun itu.

Pada masa sama, Selangor juga tampil cemerlang di bawah bimbingan Nidzam di ACL 2 setelah meraih tujuh mata mendahului Kumpulan H.

Sumber: Sinar Harian (Muhammad Zakwan Nazaraly)