Penyokong PH diseru sokong calon BN pada PRN nanti: Loke

Politics
22 May 2023 • 1:42 PM MYT
The Sun Daily
The Sun Daily

For the latest news and features from Malaysia and the rest of the world.

image is not available

KUALA LUMPUR: Setiausaha Agung DAP Anthony Loke Siew Fook hari ini menyeru penyokong Pakatan Harapan (PH) untuk menyokong calon Barisan Nasional pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) akan datang.

Beliau berkata ia adalah satu tindakan yang logik bagi ahli mana-mana parti komponen Kerajaan Perpaduan, untuk berganding bahu ketika berkempen nanti.

“Apabila kita bekerjasama sudah tentu rakan-rakan komponen dalam sesuatu gabungan itu akan menyokong satu sama lain.

“Sama juga pemimpin PH masa berkempen pada PRN nanti juga akan meminta penyokong-penyokong kita menyokong calon Barisan Nasional, di kawasan (kerusi) PH tidak bertanding” katanya pada sidang media di lobi Bangunan Parlimen, di sini hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Ahli Majlis Tertinggi UMNO Datuk Seri Ahmad Maslan, Jumaat lepas, yang meminta pengundi UMNO di enam negeri yang akan menghadapi PRN untuk menyokong calon DAP di kawasan masing-masing demi mengukuhkan Kerajaan Perpaduan.

Ahmad turut dilaporkan berkata, tindakan itu wajar dan ahli parti hendaklah mengikut disiplin parti apabila berada dalam Kerajaan Perpaduan. - Bernama