Penzahiran Undang Jelebu ke-17 dipertikai, Lembaga Adat dakwa tidak ikut aturan

LocalPolitics
15 Oct 2026 • 3:51 PM MYT
Oh My Media
Oh My Media

A digital platform emphasizing quality content and inspirational stories.

Lembaga Adat Luak Jelebu mendakwa istiadat penzahiran Datuk Azrin Khairi sebagai Undang Luak Jelebu ke-17 di Istana Besar Seri Menanti tidak sah dan tidak diiktiraf mengikut aturan adat purba luak berkenaan.

Proses pemilihan Azrin didakwa tanpa penglibatan

Memetik laporan daripada Sinar Harian merujuk kepada satu kenyataan pada Rabu, sekretariat lembaga itu memaklumkan proses pemilihan, pelantikan serta istiadat penzahiran berkenaan didakwa tidak mengikut lunas dan aturan adat yang sebenar.

“Proses pemilihan dan pelantikan Azrin dilakukan tanpa penglibatan, rujukan atau persetujuan mutlak majoriti penyandang gelaran Dato’ Lembaga Adat Luak Jelebu yang sah mengikut nasab dan tertib adat purba.
“Sebarang istiadat penzahiran atau pemasyhuran yang membelakangkan institusi adat di peringkat luak (telapak waris) disifatkan sebagai tidak mematuhi susur galur ketetapan adat perpatih dan garis panduan pertabalan Undang Luak Jelebu yang menjadi sandaran Luak Jelebu,” katanya dalam kenyataan pada Rabu.

Image from: Penzahiran Undang Jelebu ke-17 dipertikai, Lembaga Adat dakwa tidak ikut aturan

 

Susulan perkara itu, laporan polis dilaporkan telah dibuat secara rasmi oleh Dato’-Dato’ Lembaga Adat Luak Jelebu pada 12 Oktober lalu bagi membantah penganjuran istiadat berkenaan.

Sekretariat itu turut menegaskan pendirian bahawa sebarang keputusan atau ketetapan awal yang mengetepikan institusi Undang Luak Jelebu sedia ada sebelum ini masih tertakluk kepada pertikaian undang-undang dan adat yang belum diselesaikan sepenuhnya.

Image from: Penzahiran Undang Jelebu ke-17 dipertikai, Lembaga Adat dakwa tidak ikut aturan

Sehubungan itu, Lembaga Adat Luak Jelebu menyeru anak buah luak serta masyarakat umum supaya tidak terkeliru dengan penzahiran berkenaan.

“Pihak Lembaga Adat akan terus mempertahankan kedaulatan aturan adat yang tulen demi memelihara maruah, keutuhan dan keharmonian institusi beraja serta institusi luak daripada sebarang cubaan campur tangan yang melanggar tradisi turun-temurun,” katanya.

Terdahulu, media melaporkan Yang di-Pertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir berkenan menzahirkan Azrin, yang merupakan pengurus kanan sebuah syarikat telekomunikasi, sebagai Undang Luak Jelebu ke-17.

Sumber: Sinar Harian (Syamilah Zulkifli)

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved