
Pep Guardiola Lega Man City Akhirnya ‘Bangkit’
Pep Guardiola meraikan kemenangan istimewa dalam perlawanan ke-500 beliau sebagai pengurus Manchester City apabila pasukannya berjaya menundukkan Leicester City 2-0 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL).
https://x.com/ManCity/status/1873431152406462941?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1873431152406462941%7Ctwgr%5E123da741ee1e1ed0e1af43d305ed58557fdb1383%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.premierleague.com%2Fnews%2F4211657
Kejayaan ini hadir selepas prestasi kurang memuaskan dengan hanya satu kemenangan dalam sembilan perlawanan EPL sebelum ini.
https://x.com/premierleague/status/1873405815920443792?ref_src=twsrc%5Etfw%7Ctwcamp%5Etweetembed%7Ctwterm%5E1873405815920443792%7Ctwgr%5Ede40d17460c8ac8ee25f6b1de5081ba72bce861b%7Ctwcon%5Es1_&ref_url=https%3A%2F%2Fwww.aljazeera.com%2Fsports%2Fliveblog%2F2024%2F12%2F29%2Flive-leicester-city-vs-manchester-city-english-premier-league
Di Stadium King Power, jaringan pertama Man City disumbangkan oleh pemain sayap Brazil, Savinho, yang mencatat gol sulungnya dalam bola sepak Inggeris.
Savinho turut memainkan peranan penting dalam gol kedua Man City apabila hantaran silangnya dimanfaatkan oleh Erling Haaland yang menanduk masuk bola.
Ini secara tidak langsung sekali gus menebus kegagalan penaltinya semasa seri 1-1 menentang Everton pada perlawanan sebelumnya.
Kemenangan ini meletakkan Man City kekal di tangga kelima carta liga. Namun, ia menamatkan kemarau lima perlawanan tanpa kemenangan dan menjadi kemenangan tandang pertama mereka sejak 20 Oktober.
Sementara itu, Leicester di bawah kendalian Ruud van Nistelrooy terus terperosok dalam zon penyingkiran.
Guardiola menjadi individu kedua dalam sejarah yang menguruskan 500 perlawanan bersama Man City, selepas Les McDowall yang memimpin pasukan itu sebanyak 592 kali dari tahun 1950 hingga 1963.
Selepas perlawanan, Guardiola menyatakan kelegaan terhadap pencapaian tersebut sambil memuji penyokong setia Man City yang hadir memberikan sokongan padu.
“Ya, sudah tentu [bangga]. Lebih baik meraikannya dengan kemenangan dan sambutan tahun baharu. Terima kasih kepada semua penyokong yang hadir di sini. Penyokong kami di tempat lawan sangat luar biasa. Suara mereka kadang-kadang, anda tahu, lebih kuat daripada di Etihad. Terima kasih kerana datang ke Leicester untuk bersama kami.
“Saya sangat bangga. Kalau boleh, saya mahu menangis sekarang. Saya sangat bangga menjadi sebahagian daripada kelab ini. Hari ini, apabila mereka memberitahu saya bahawa saya akan menguruskan 500 perlawanan, saya hanya mampu berkata, wow.
“Tetapi kami selalu dinilai berdasarkan 13 perlawanan terakhir. Jika kita melihat kepada 480 perlawanan yang lain, ia adalah tempoh yang luar biasa, dan ya, masih banyak lagi yang akan datang.”
Untuk info, Guardiola setakat ini telah mencatatkan 355 kemenangan daripada 500 perlawanan, dengan 234 daripada 323 perlawanan Liga Perdana berakhir dengan kemenangan.
Dalam saingan Liga Juara-Juara, Guardiola berjaya meraih kemenangan dalam 60 daripada 93 perlawanan.
The post Pep Guardiola Lega Man City Akhirnya ‘Bangkit’ appeared first on Siakap Keli.
