Peragut rentap rantai leher wanita depan rumah

6 Apr 2025 • 4:30 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Ayer Molek di sini, Jumaat lepas.

MELAKA - Polis sedang memburu dua suspek meragut seorang wanita di hadapan sebuah rumah di Taman Paya Dalam, Ayer Molek di sini, Jumaat lepas.

Ketua Polis Daerah Melaka Tengah, Asisten Komisioner Christopher Patit berkata, pada kejadian 7.34 malam itu, suri rumah berusia 55 tahun berkenaan diragut dua lelaki menaiki motosikal semasa sedang menunggu anaknya keluar bekerja.

"Wanita itu mendakwa suspek telah berpatah balik ke arahnya sebelum seorang daripada mereka merentap rantai leher emas dianggarkan bernilai RM12,000.

"Mangsa cuba melawan namun gagal selain mendakwa sakit dada akibat kejadian itu. Wanita itu membuat laporan di Balai Polis Tiang Dua pada hari sama," katanya dalam kenyataan pada Ahad.

Christopher berkata, kejadian turut dirakamkan kamera litar tertutup (CCTV) rumah mangsa yang menunjukkan suspek menunggang motosikal Kawasaki RR berwarna biru.

Beliau berkata, polis tidak menolak kemungkinan suspek merupakan individu sama disyaki terbabit kes ragut di Taman Astakajaya Buloh Kasap, Segamat, Johor, Khamis lepas. - Bernama

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved