Perak benarkan 60 premis vape beroperasi hingga tarikh lesen tamat

LocalPolitics
3 Oct 2025 • 5:49 PM MYT
DagangNews.com
DagangNews.com

Berita bisnes anda

Perak benarkan 60 premis vape beroperasi hingga tarikh lesen tamat

image is not available

03/10/2025 - 17:49

Oleh KAMALIZA KAMARUDDIN

KUALA LUMPUR 3 Okt – Lebih 60 premis berlesen yang menjual rokok elektronik atau vape di Perak masih dibenarkan beroperasi sehingga tarikh lesen tamat.

Namun, lesen mereka tidak akan diperbaharui mulai 1 Januari 2026, susulan keputusan kerajaan negeri untuk tidak mengeluarkan lesen baharu bagi penjualan produk berkenaan selepas tarikh itu.

Kebenaran itu diberi kerana kerajaan negeri memahami kesukaran yang dihadapi oleh 60 premis di bawah 15 PBT tersebut yang baru sahaja memperbaharui lesen mereka.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri, Sandrea Ng Shy Ching berkata, kebenaran beroperasi itu diberi untuk peniaga terbabit menghabiskan stok.

“Tempoh ini juga memberi ruang penyesuaian kepada pemilik untuk beralih kepada perniagaan baharu.

“Operasi perniagaan perlu ditamatkan selepas tarikh lesen berakhir selaras dasar kerajaan negeri yang melarang penjualan rokok elektronik selepas 1 Januari 2026,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri program penglibatan awam Ipoh Local Plan 2035 anjuran Majlis Bandaraya Ipoh (MBI) di Perak hari ini.

Rabu lalu, media melaporkan Perak melarang penjualan rokok elektronik hasil keputusan yang dimuktamadkan dalam Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMK).

Perak menjadi negeri ketujuh melaksanakan larangan penjualan rokok elektronik selepas Johor, Kelantan, Terengganu, Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Tambahnya, penguatkuasaan dan tindakan undang-undang berkaitan lesen perniagaan rokok elektronik berada di bawah kuasa penuh PBT, namun kerajaan negeri akan bekerjasama dengan Jabatan Kesihatan Perak bagi memastikan tiada premis terus menjual produk berkenaan selepas larangan berkuat kuasa. - DagangNews.com

standard

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved