Perak cadang tempoh daftar PADU dilanjutkan

22 Mar 2024 • 11:15 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Kerajaan Perak mencadangkan supaya tempoh pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilanjutkan bagi memberi peluang kepada 1.8 juta penduduk di negeri itu. (Gambar kecil: Mohd Azlan)

KAMPAR - Kerajaan Perak mencadangkan supaya tempoh pendaftaran Sistem Pangkalan Data Utama (PADU) dilanjutkan bagi memberi peluang kepada 1.8 juta penduduk di negeri itu.

Exco Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan NGO negeri, Mohd Azlan Helmi Helmi berkata, seramai 590,000 penduduk setakat ini telah berdaftar di bawah sistem dikendalikan oleh Kementerian Ekonomi yang akan berakhir 31 Mac ini.

"Masih ada lagi masyarakat yang agak susah untuk mendaftar, jadi saya harap pihak kerajaan Persekutuan melanjutkan tempoh untuk proses ini berlangsung secara menyeluruh.

"Kita berusaha sedaya upaya namun beberapa faktor perlu diambil kira termasuk kekangan dari sudut tenaga kerja dalam membantu rakyat mendaftar selain kekangan dari sudut jaringan telekomunikasi terutama kawasan pedalaman," katanya.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pada Program Ziarah Kasih Ramadan dan Faedah Pertubuhan Keselamatan Sosial (Perkeso) di Kampung Changkat Belulang dekat Malim Nawar pada Jumaat.

Mohd Azlan Helmi berkata, penghargaan diberikan kepada semua pihak yang membantu menyebar kepentingan PADU.

"Pada awal pelancaran kita nampak agak perlahan namun menuju ke hari-hari terakhir ini pendaftarannya mula meningkat dan menunjukkan perubahan.

"Saya nampak kesedaran bertambah baik namun mungkin ada kekangan.

"Tapi itulah cabaran dan semua pihak yang terlibat terus bergerak memainkan peranan dalam membuat hebahan serta memberi penerangan kepada rakyat," katanya.

Nak berita-berita terkini dengan lebih pantas? Jom sertai saluran WhatsApp Sinar Harian: https://whatsapp.com/channel/0029Va4iEylEgGfDYSCqPJ28

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved