Perak Mahu Perluas Stesen Cas EV, 500 Pengecas Akan Dibina Tahun Ini

LocalCars
5 May 2025 • 3:30 PM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Perak tekad untuk membina sekurang-kurangnya 500 stesen pengecas kenderaan elektrik (EV) di seluruh negeri selewat-lewatnya hujung tahun ini.'''

Langkah itu sejajar dengan trend global ke arah pengurangan pelepasan karbon dioksida serta usaha melestarikan alam sekitar.

Menteri Besar, Datuk Seri Saarani Mohamad berkata, kerajaan Persekutuan menyasarkan untuk menyediakan sebanyak 10,000 pengecas EV di seluruh negara tahun ini.

image is not available

"Perak pula menyasarkan sebanyak 500 unit daripada jumlah tersebut. Kalau ikut sasaran itu, 500 unit di Perak termasuk dalam sasaran 10,000 tersebut," katanya.

Bagaimanapun, lokasi pelancongan utama akan diberi keutamaan sebagai kemudahan bagi menyokong kedatangan pelancong menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.