Perakam Audio Honor Choice Kumi Ai Note Dijual Di Malayia Pada Harga RM699

LocalTechnology
13 Jul 2026 • 8:33 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Honor Choice Kumi Ai Note ialah perakam audio pintar berbentuk kad yang nipis dengan ketebalan hanya 2.89mm dan berat 30 gram. Ia juga menawarkan fungsi lebih canggih berbanding perakam suara biasa. Malah, reka bentuk magnetiknya membolehkan ia dilekatkan pada telefon pintar atau disimpan di dalam dompet dengan mudah.

Image from: Perakam Audio Honor Choice Kumi Ai Note Dijual Di Malayia Pada Harga RM699

Ia juga bukan sekadar peranti rakaman suara biasa. Sebaliknya, ia menggunakan kecerdasan buatan (AI) untuk menukar rakaman audio kepada teks dengan ketepatan sehingga 98%. Ini bermakna setiap perbualan yang dirakam boleh terus ditukar menjadi teks yang hampir sama dengan apa yang diucapkan.

Image from: Perakam Audio Honor Choice Kumi Ai Note Dijual Di Malayia Pada Harga RM699

Selain itu, ia  dilengkapi dengan ciri pengecaman suara individu. Jika terdapat ramai orang bercakap, AI dapat membezakan setiap pembicara dan melabelkannya dalam transkripsi. Seterusnya, AI mampu menghasilkan ringkasan serta peta minda yang menjadikan isi pnting  lebih mudah difahami. Lebih menarik lagi, peranti ini menyokong lebih daripada 130 bahasa lalu menjadikannya sesuai digunakan dalam pelbagai situasi.

Image from: Perakam Audio Honor Choice Kumi Ai Note Dijual Di Malayia Pada Harga RM699

Peranti ini turut dilengkapi dengan bateri berkapasiti 130mAh yang mampu merakam secara berterusan sehingga 24 jam. Selain itu, ia menyokong pemindahan fail pantas melalui Wi-Fi, di mana rakaman selama 5 jam boleh dipindahkan dalam masa hanya 30 saat. Bagi yang berminat, Honor Choice Kumi Ai Note ditawarkan di Malaysia pada harga RM699.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved