Peranan generasi muda perkasa penguasaan bahasa suku tempatan

29 Jun 2025 • 11:54 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Menteri Pendidikan Malaysia, Fadhlina Sidek menegaskan bahawa generasi muda memainkan peranan penting dalam meneruskan usaha memperkasa penguasaan bahasa suku tempatan, khususnya di Sabah yang kaya dengan pelbagai suku etnik.

“Generasi muda perlu meneruskan usaha untuk memelihara kelangsungan hidup bahasa suku tempatan di Sabah, dan realitinya, masih ramai anak muda yang belum menguasai bahasa suku tempatan.

“Fokus utama adalah usaha untuk memelihara bahasa-bahasa suku tempatan di Sabah yang pelbagai, misalnya Bajau, Kadazan, Dusun, Murut, Rungus, Iranun dan banyak lagi, khasnya untuk dikuasai oleh generasi muda,” katanya.