
Kota Kinabalu: Walaupun Barisan Nasional (BN) menyatakan sokongan terhadap Datuk Seri Hajiji Noor sebagai Ketua Menteri, difahamkan usaha masih dilakukan kepada Pengerusi Gabungan Rakyat Sabah (GRS) untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
Menurut sumber, percubaan terbaru itu dilakukan Jumaat minggu lepas apabila Setiausaha Agung BN Datuk Zambry Abdul Kadir, yang juga Menteri Luar, Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail, yang juga Menteri Dalam Negeri dan Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki mengadakan kunjungan hormat terhadap Hajiji untuk menarik perhatian Ketua Menteri untuk membentuk Kerajaan Perpaduan.
“Bagaimanapun, Hajiji menolak idea itu kerana dia tidak mahu ada kaitan dengan mereka yang mengkhianatinya serta cuba menjatuhkannya dan Kerajaan Negeri pimpinan GRS,” menurut sumber itu.
