Perancis Akan Haramkan Pakaian Abaya Di Sekolah

28 Aug 2023 • 11:09 AM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kerajaan Perancis bercadang mengharamkan abaya, pakaian panjang abuh di kawasan sekolah. gambar hiasan

ISTANBUL - Perancis merancang untuk mengharamkan abaya, pakaian panjang labuh yang dipakai oleh wanita Islam, di kawasan sekolah, lapor Agensi Anadolu (AA) memetik kenyataan menteri pendidikan negara itu pada Ahad.

Gabriel Attal memberitahu penyiar TF1 bahawa kerajaan merancang menyediakan 'peraturan jelas' mengenainya kepada pegawai sekolah di seluruh negara.

Attal juga berkata beliau akan berbincang dengan pentadbir sekolah mulai minggu depan untuk membantu mereka menguatkuasakan larangan pemakaian seperti jubah yang menutup seluruh badan.

Keputusan itu adalah yang terbaharu dalam pelbagai sekatan ke atas pakaian umat Islam di Perancis, dengan pengkritik mendakwa kerajaan menyasarkan masyarakat Islam menerusi dasar dan kenyataan, termasuk oleh Presiden Emmanuel Macron bahawa agama itu 'menghadapi krisis'.

Masjid dan badan amal turut diserbu selain melaksanakan undang-undang 'anti-pemisahan' yang mengenakan sekatan secara meluas terhadap masyarakat Islam. - BERNAMA-ANADOLU 

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved