Perancis Dakwa Iran Dalang Serangan Siber Ke Atas Peti Sejuk

10 Nov 2026 • 11:53 AM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Perancis Dakwa Iran Dalang Serangan Siber Ke Atas Peti Sejuk

Perancis menuduh Kor Pengawal Revolusi Islam Iran (IRGC) menjadi dalang serangan siber ke atas peti sejuk rangkaian pasaraya negara tersebut bulan lalu. Menteri Luar Perancis, Jean-Noël Barrot, menyifatkan serangan itu sebagai belum pernah berlaku sebelum ini dari segi skala dan tahap agresifnya, serta mengumumkan bahawa pihak yang bertanggungjawab akan dikenakan sekatan.

Dalam serangan pada 11 Oktober lalu, lebih 100 pasar raya Coopérative U dan 180 cawangan Intermarché terjejas selepas suhu peti sejuk mengandungi kandungan beku dinaikkan suhunya oleh penggodam. Makan yang sepatutnya disimpan dalam keadaan sejuk dipanaskan ke suhu 50°C sehingga rosak kesemuanya. Kerosakan dianggarkan menelan belanja beberapa ratus ribu Euro.

Iran belum mengeluarkan sebarang kenyataan menafikan tuduhan yang dilemparkan oleh Perancis. Selepas serangan di Perancis, peti sejuk di Belgium, Luxembourg, Sweden, Ireland, Belanda, Estonia dan Finland pula diserang manakala peti sejuk sebuah pusat simpanan darah di Perancis turut menjadi mangsa.

Serangan ke atas infrastruktur bekalan makanan menyebabkan United Kingdom memberikan amaran kepada penduduk untuk menyimpan makanan selama 72 jam sebelum berlakunya serangan ke ats tujuh negara Eropah.

Sumber – AFP

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved