Perancis Guna Anjing Pengesan Hidu Pepijat

6 Oct 2023 • 11:24 AM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

PARIS: Perancis akan menggunakan anjing pengesan untuk mengesan pepijat dalam kereta api mereka, selepas menerima berpuluh-puluh aduan berkenaan penemuan serangga tersebut dalam pengangkutan awam.

Menteri Pengangkutan Perancis, Clement Beaune, mengumumkan langkah ini pada Rabu selepas menerima kira-kira 10 aduan daripada penumpang yang melaporkan bahawa mereka telah melihat pepijat dalam pengangkutan awam di Paris.

Serangga ini juga dilaporkan ditemui di beberapa tempat awam lain seperti panggung wayang dan di sekolah, yang mencetuskan kebimbangan akan kemungkinan serangan pepijat.

Perancis sedang bersiap sedia untuk mengadakan Piala Dunia Ragbi dan acara sukan Olimpik pada tahun akan datang, tetapi Encik Beaune menegaskan bahawa tidak ada serangan pepijat dalam pengangkutan awam negara tersebut.

Beliau juga menyatakan bahawa semua pengendali pengangkutan awam Perancis akan meningkatkan prosedur kesihatan mereka untuk mengatasi masalah pepijat tersebut, khususnya dengan melibatkan anjing pengesan yang dianggap paling berkesan dalam mengesan serangga tersebut.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved