Perancis hantar ‘kapal hospital’ ke Semenanjung Gaza sebagai bantuan terhadap konflik yang berlaku di anatara Palestin-Israel sejak 7 Oktober lalu.
Menurut laporan Astro Awani, Menteri Pertahanan Perancis, Sebastien Lecornu memaklumkan kapal kedua yang dikirim Perancis itu “dilengkapi untuk diubah menjadi kapal hospital.”
Perancis hantar ‘kapal hospital’

“Ideanya adalah untuk memberitahu semua pihak dalam konflik ini bahawa kita tidak boleh membiarkan orang awam terdedah kepada bahaya, terutamanya tanpa penyelesaian penjagaan kesihatan pada peringkat kemanusiaan,” tambah Lecornu.
Difahamkan, kapal angkatan laut pertama telah dihantar oleh Perancis ke Asia Barat pada minggu lepas selepas lawatan Presiden Emmanuel Macron ke Israel dan negara-negara lain di Timur Tengah.
Sekadar info, Perancis merupakan antara 140 negara menyokong genjatan senjata.

Sumber: Astro Awani
The post Perancis Hantar Bantuan ‘Kapal Hospital’ Ke Gaza appeared first on Borak Daily.


