Selepas Australia, United Kingdom dan Malaysia, Perancis pula ingin mengharamkan akses media sosial untuk individu bawah 15 tahun menurut laporan EuroNews. Presiden Emmanuel Macron pada Ahad mengatakan pentadbiran beliau akan mempercepatkan proses mengalang akses media sosial ini menjelang September 2026 yang merupakan permulaan sesi persekolahan baharu negara tersebut.

Menurut Macron, otak serta emosi anak-anak dan remaja Perancis “bukan untuk dijual atau dimanipulasi oleh platform Amerika mahupun algoritma China.” Tahun lalu beliau memberikan Kesatuan Eropah (EU) dua bulan untuk melaksanakan pengharaman sebelum Perancis melakukannya sendiri menerusi sistem pengesahan usia digital atas talian.
Masih tidak diketahui apakah laman yang akan dikategorikan sebagai media sosial oleh Perancis serta hukuman yang dikenakan ke atas pengendali sekiranya gagal menghalang pengguna bawah umur 15 tahun. Di Australia pengelasan YouTube sebagai media sosial ditentang oleh Google tetapi akhirnya mereka akur dan kini menghalang akses pengguna bawah 16 tahun.


