Perancis Komited Siapkan Projek LCS TLDM - Hishammuddin

LocalPolitics
2 Sep 2022 • 9:03 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Kerajaan Perancis akan memberi keutamaan untuk menyiapkan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM). - Gambar fail

KUALA LUMPUR - Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata, kerajaan Perancis akan memberi keutamaan untuk menyiapkan projek Kapal Tempur Pesisir (LCS) milik Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM).

Katanya, perkara itu dimaklumkan ketika pertemuan beliau bersama pihak kerajaan Perancis

“Perkara yang cukup penting, kerajaan Perancis sendiri menyatakan bahawa meneruskan dan menyiapkan LCS merupakan keutamaan tertinggi.

“Ini merupakan perkembangan yang mustahak, terutama di fasa mobilisasi enam bulan seperti diputuskan Jemaah Menteri April lalu,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Hishammuddin berkata, komitmen kerajaan Perancis itu juga selari dengan syor beberapa pihak, terutamanya Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) dan keputusan Jemaah Menteri supaya projek LCS diteruskan demi kepentingan TLDM.

Menurut jadual asal, setakat Ogos 2022 sepatutnya lima buah kapal LCS disiapkan dan diserahkan kepada TLDM.

Isu LCS timbul susulan laporan dikemukakan PAC, selepas pihaknya memanggil beberapa saksi dan hasil prosiding itu mendapati, kontrak projek kapal berkenaan diberikan secara rundingan terus kepada syarikat BNS (Boustead Naval Shipyard Sdn Bhd) dengan kerajaan membayar RM6.083 bilion.

Namun, sehingga kini tiada sebuah kapal LCS disiapkan. - Getaran, 2 September 2022

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved