Perang Asia Barat: Subsidi bahan api melonjak susulan harga global

LocalBusiness & Finance
13 Mar 2026 • 12:55 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Amir Hamzah Azizan. Foto Bernama

PUTRAJAYA – Kerajaan menanggung peningkatan perbelanjaan subsidi bahan api susulan lonjakan harga minyak dunia akibat konflik di Asia Barat, dengan subsidi petrol kini dianggarkan meningkat kepada kira-kira RM2 bilion berbanding sekitar RM700 juta sebelum ini.

Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan berkata, peningkatan harga minyak mentah global telah memberi implikasi langsung kepada perbelanjaan kerana kerajaan masih mengekalkan harga bahan api bagi melindungi rakyat.

Menurut beliau, harga minyak penanda aras Brent melonjak dengan mendadak dalam tempoh dua minggu kebelakangan ini.

“Kalau kita pakai Brent sebagai penanda aras, telah naik daripada AS$60 setong dan mencecah setinggi AS$119 setong dan kini adalah sekitar AS$100 setong,” katanya pada sidang akhbar khas di sini pada Jumaat.

Beliau menjelaskan, kenaikan harga minyak tersebut bermakna jumlah subsidi yang perlu ditanggung kerajaan turut meningkat dengan ketara.

AKAN MENYUSUL