‘Perang Gaza adalah untuk kewujudan dan masa depan Israel’ – Netanyahu

WorldPolitics
8 Oct 2025 • 10:34 AM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, menegaskan bahawa perang Gaza bukan sekadar konflik biasa, sebaliknya merupakan “war for our very existence and future” – peperangan untuk kewujudan dan masa depan Israel.

Dalam kenyataannya bersempena ulang tahun serangan 7 Oktober 2023, Netanyahu menyifatkan dua tahun terakhir sebagai tempoh getir yang menentukan survival negaranya. Beliau menegaskan Israel kini berada dalam “hari-hari penentuan penting” yang tidak boleh ditangguhkan.

Baca juga:

Netanyahu berkata Israel tidak akan berhenti selagi matlamat utama belum tercapai, iaitu membebaskan semua tebusan Hamas, menghapuskan pemerintahan Hamas di Gaza serta memastikan Gaza tidak lagi menjadi ancaman keselamatan kepada Israel.

Beliau bagaimanapun tidak menyentuh secara langsung mengenai rundingan gencatan senjata yang sedang berlangsung di Mesir, sekali gus memberi isyarat bahawa Israel tetap dengan pendekatan ketenteraan walaupun ada tekanan antarabangsa untuk berdamai.

Kenyataan Netanyahu dilihat bercanggah dengan momentum rundingan gencatan senjata yang melibatkan mediator Qatar, Mesir dan Turkiye. Walaupun ada tanda positif ke arah perjanjian, sikap tegas Netanyahu yang menekankan “perang untuk kewujudan” memberi gambaran bahawa kompromi politik masih jauh daripada dicapai.

Sumber: Al Jazeera