Perang Israel-Hamas : “Tiada air atau bahan bakar untuk Gaza sehingga tawanan dibebaskan”

12 Oct 2023 • 8:34 PM MYT
UmmahToday
UmmahToday

From Ummah To Ummah News Portal

image is not available

Menurut Menteri Israel tiada bekalan elektrik, bahan api atau bantuan kemanusiaan ke Gaza sehingga Hamas membebaskan semua tawanan.

Israel terus menyerang Gaza dengan serangan udara, membunuh berpuluh-puluh orang, termasuk sembilan kanak-kanak di bandar Khan Younis.

Pegawai di Gaza berkata kawasan itu berdepan malapetaka kemanusiaan dengan satu-satunya loji janakuasa wilayah itu ditutup kerana kekurangan bahan api.

PM Israel Benjamin Netanyahu berjanji untuk “memusnahkan” Hamas berikutan serangan mengejut kumpulan bersenjata itu ketika beliau mengumumkan kerajaan perpaduan tergempar dengan ketua pembangkang Benny Gantz.

Di seluruh Semenanjung Gaza, hospital berada di tahap kritikal apabila kehabisan bahan api ganti, selepas stesen janakuasa tunggal wilayah Palestin itu berhenti berfungsi pada hari Rabu berikutan keengganan Israel untuk membenarkan bekalan bahan api.

Angka kematian di Gaza kini mencecah lebih 1,203, manakala jumlah cedera seramai 5,763.

Sumber: Al Jazeera

 

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved