Perang ke atas gula, duti eksais naik berfasa 40 sen seliter

18 Oct 2024 • 8:11 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 OKT: Kerajaan bercadang menaikkan kadar duti eksais bagi minuman bergula secara
berfasa sebanyak 40 sen seliter, mulai 1 Januari tahun depan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata usaha itu bagi menangani masalah obesiti berikutan gula salah satu musuh utama penyakit tidak berjangkit.

Menurutnya, tambahan hasil yang diraih akan digunakan untuk menampung perbelanjaan kesihatan awam seperti penambahan bekalan ubat SGLT-2 inhibators bagi rawatan diabetes.

“(Ia juga bagi) penyediaan rawatan dialisis peritoneal untuk lebih banyak pesakit buah pinggang tahap akhir selain Felda yang turut menambah baik pusat dialisis mereka,” katanya.

Bercakap dalam pembentangan belanjawan 2025 hari ini, beliau menambah kerajaan turut memperuntuk RM27 juta bagi merancakkan lagi aktiviti sukan dan riadah termasuk penganjuran Hari Sukan Negara.

Turut dicadang, jelas Anwar, skop pelepasan cukai pendapatan individu diperluas ke atas ujian pengesanan penyakit, pembelian peralatan pemeriksaan kesihatan dan kit ujian pengesanan penyakit.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved