“Perangai Elok Sikit Awak Tu Dah Tua” – Sakan Kecam Bangsa Sendiri, Zul Yahaya Kena ‘Petik’ Dengan Netizen

Politics
15 Dec 2023 • 11:18 AM MYT
Beautifulnara
Beautifulnara

Cerita dan gosip artis terbaru, sensasi dan panas

image is not available

Pelakon Zul Yahya baru-baru ini dikecam hebat netizen gara-gara kenyataannya yang mengkritik bangsa Melayu di Facebook.

Dalam hantaran tersebut, Zul dilihat melabel bangsa Melayu dengan konotasi negatif seperti banyak merogol anak sendiri, menipu bangsa sendiri, mempunyai hasad dengki dan suka berpecah belah.

Katanya lagi, bangsa Melayu tidak boleh ditegur kerana merasakan bangsa mereka terpaling hebat dan gah.

image is not available

Sumber : Facebook  

Namun begitu, perkongsian berkenaan menerima respon yang rata-ratanya negatif daripada netizen.

Warga maya dilihat meminta pelakon itu untuk menyemak kembali status bangsanya dan menegur seolah-olah membuka aib sendiri.

Kenapa tu abang? Sebut pasal diri sendiri ke? Memang nampak semua tu ada dekat abang, ini kira buka aib sendiri ke macam mana?

Kata netizen lagi, tidak patut satu bangsa itu dipersalahkan kerana sikap buruk yang ditonjolkan adalah bergantung kepada individu dan tidak melambangkan bangsa atau agama secara keseluruhan.

Jangan kuat sangat provokasi. Sudah-sudahlah. Tunjuk benda baik nanti ramai akan ikut kita buat baik. Perangai tu elok sikit, awak tu dah tua. Bangsa mana pun sama sahaja berdosa semua, tak perlu highlight bangsa Melayu.

Selain itu, kami kongsikan artikel trending yang lain pada pautan di bawah.

image is not available 1 day ago

"Ini Di Luar Pengetahuan Saya" - Lagu Astana Bakal Dinyanyikan Nadeera, Ernie Zakri Mungkin Undur Diri Dari SFMM38