Peranti Boleh-Lipat Tecno Phantom V Fold Akan Dikuasakan Oleh MediaTek Dimensity 9000+

TechnologyDigital
7 Feb 2023 • 3:03 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Pada minggu lepas, rekaan peranti boleh lipat pertama jenama Tecno, iaitu Tecno Phantom V Fold telah tertiris ke arena web. Terkini, Tecno sendiri telah mengesahkan beberapa butiran lanjut mengenai peranti tersebut yang akan diperlihatkan buat pertama kalinya di acara Mobile World Congress tahun ini.

image is not available

Tecno mengesahkan bahawa Phantom V Fold akan dikuasakan oleh cip pemprosesan Dimensity 9000+, mengesahkan status peranti boleh-lipat tersebut sebagai peranti kelas premium keluaran Tecno. Bukan sahaja peranti ini akan hadir dengan sokongan rangkaian 5G, kedua-dua slot SIM peranti ini juga akan menyokong rangkaian tersebut, dan dikatakan akan hadir dengan prestasi yang jauh lebih cekap berbanding dengan banyak peranti 5G di pasaran sekarang.

Butiran lanjut mengenai peranti ini, seperti saiz, jenis panel paparan yang digunakan dan sebagainya dijangka akan diperlihatkan sewaktu acara pelancaran peranti ini di acara Mobile World Congress pada 28 Februari ini kelak.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved