Sudah menjadi trend pengeluar pada hari ini lebih cenderung untuk meletakkan kamera periskop pada peranti bertujuan kemampuan zum yang tinggi. OnePlus nampaknya bakal menggunakan teknologi yang sama di dalam peranti kelas mercu generasi akan datang iaitu OnePlus 12.
Menurut sumber OnePlus kini sedang menguji sistem kamera periskop pada barisan produk yang berkaitan dengan kod nama SM8650. Masih tidak jelas mengenai tahap zum yang disokong namun keadaan ini dianggap menarik kerana kita mungkin boleh melihat kebolehan zum yang lebih baik pada peranri OnePlus yang akan datang. Selain turut dijangka mampu menjadi pesaing kepada beberapa pengeluar sedia ada.

Dengan sokongan kamera yang dipertingkatkan dan cip Snapdragon 8 Gen 3 sememangnya boleh meletakkan OnePlus 12 sebagai peranti yang menarik. Tetapi kebimbangan ketika ini menganai harga jualan yang mungkin lebih tinggi meskipun untuk model asas.
